Perkhidmatan Rujukan
Koleksi perpustakaan boleh dirujuk oleh pengguna umum.
Perkhidmatan Pinjaman Bahan
Kakitangan IDFR dan peserta-peserta kursus layak meminjam bahan bacaan, mengikut dasar pinjaman perpustakaan. Pengguna luar dibenarkan meminjam melalui Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL).
Akses kepada Pangkalan Data
- The Online Public Access Catalogue (OPAC).
Pengguna boleh menggunakan OPAC untuk mencari bahan bacaan dalam koleksi perpustakaan dengan mudah.
- Jurnal Dalam Talian.
Jurnal dalam talian yang dilanggan hanya boleh diakses oleh IDFR, Kementerian Luar Negeri, SEARCCT, dan kedutaan di luar negara.
Pengguna luar memerlukan kebenaran daripada perpustakaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)
Perkhidmatan ini membolehkan perpustakaan meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain bagi pihak pengguna.
Penyebaran Maklumat Terpilih (SDI)
Perpustakaan menyediakan maklumat khusus mengenai buku-buku terpilih melalui e-mel dan laman web.