International Security adalah jurnal berkaitan Hubungan Antarabangsa yang menerbitkan esei berkaitan pelbagai isu keselamatan kontemporari. Artikel-artikelnya membincangkan topik mengenai perang dan keamanan, serta dimensi-dimensi keselamatan yang lebih terkini, termasuk isu-isu alam sekitar, demografi, dan kemanusiaan, rangkaian transnasional, dan teknologi baru muncul.
Tahap akses: Hanya boleh diakses di dalam premis Perpustakaan IDFR. Sila mohon bantuan daripada pustakawan atau kakitangan yang bertugas untuk akses.
International Security diterbitkan empat kali setahun.