Image

Perpustakaan IDFR ditubuhkan untuk menyediakan bahan rujukan dan penyelidikan kepada pegawai IDFR, SEARCCT dan Kementerian Luar Negeri, serta peserta-peserta kursus dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan, koleksi dan kemudahan.

Selain penerbitan IDFR, perpustakaan juga mempunyai pelbagai jenis monograf, terbitan bersiri, multimedia, gambar, kertas seminar, dan tesis berkaitan bidang seperti diplomasi, hubungan antarabangsa, globalisasi, rundingan, dan kajian strategik.

Perpustakaan IDFR mempunyai jumlah koleksi sebanyak 29,469 naskhah setakat November 2024.