Rak Terbuka
Sumber penting untuk rujukan, penyelidikan, dan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Tersedia untuk pinjaman berdasarkan kategori pengguna dan kelayakan pinjaman.
Surat Khabar
Perpustakaan melanggan empat (4) terbitan tempatan dan satu (1) akhbar luar negara.
Koleksi Khas
Koleksi khas ini terdiri daripada penerbitan IDFR.
Koleksi Tesis
Koleksi ini terdiri daripada tesis mahasiswa IDFR-UKM yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Sains Sosial dalam Strategi dan Diplomasi.
Tesis merupakan koleksi terhad, dan pengguna hanya dibenarkan untuk melakukan rujukan di premis perpustakaan.
Koleksi Terbitan Bersiri
Koleksi terbitan bersiri termasuk jurnal serta majalah tempatan dan luar negara, buletin dan laporan tahunan.
Koleksi Multimedia
Koleksi Multimedia terletak di tingkat bawah perpustakaan yang terdiri daripada CD, DVD, kaset audio dan pita VHS.
Koleksi Bahasa
Koleksi bahasa termasuk rujukan bahasa asing dan buku latihan dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Arab dan Perancis.
Bacaan Ringan
Bahagian ini mengandungi bahan bacaan ringan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti novel dan buku berkaitan dengan hobi.