Image

GARIS PANDUAN AMALAN ISTIADAT DAN PROTOKOL DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN

Author : Jabatan Perdana Menteri

Publisher : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2026

ISBN : 9789834601706

Call Number : 394.4 GAR

Summary :

Penganjuran majlis kerajaan merupakan antara aktiviti utama dan penting bagi sesebuah negara, negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta. Kepentingan penganjuran sesuatu majlis bukan sahaja menjadi tugas rasmi sesebuah jabatan tetapi juga adalah manifestasi kepada prestasi dan reputasi sesebuah jabatan/agensi tersebut.

Bagi menjamin kesempurnaan penganjuran majlis agar berjalan dengan lancar tanpa cacat cela, pemahaman yang menyeluruh, mantap dan jelas mengenai protokol majlis rasmi kerajaan menjadi suatu kemestian. Buku ini diusahakan sebagai rujukan utama untuk dijadikan panduan mengurus protokol majlis rasmi.

Amalan istiadat dan protokol adalah umpama irama dan lagu dengan majlis. Tidak sempurna majlis sekiranya aspek protokol tidak dititikberatkan semasa penganjuran majlis tersebut.