Image

Refleksi Historiografi Alam Melayu

Author : Tetiana A. Denisova

Publisher : Penerbit Universiti Malaya, 2011

ISBN : 9789831005101

Call Number : 907.2 DEN

Summary :

Buku Refleksi Historiografi Alam Melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna. Ia bertujuan menarik perhatian para ilmuwan dan pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu lama serta betapa unggulnya karya tersebut. Penulisan ini menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi ronggak tamadun bangsa Melayu. Pembaca diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang Melayu yang pernah mencipta karyanya, disertai petikan daripada sejarah Melayu dengan penjelasan dan analisis ilmiah. Teks yang dikaji bersifat nyata dan konkrit supaya penyelidikannya objektif, serta memberi tumpuan kepada unsur kehidupan intelektual dan ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu.