Saiz Teks A- A A+
Text Color  default green red contrast       rss

header

Peraturan

Umum
* Pengguna-pengguna perpustakaan adalah diperlukan mendaftar keahlian di kaunter perpustakaan.
* Pengguna luar dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi bertulis bagi menggunakan kemudahan perpustakaan
* Pengguna juga dikehendaki untuk memakai tanda  nama (name tags)  atau pas pelawat sepanjang berada di dalam perpustakaan
* Pengguna perpustakaan mesti memakai pakaian pejabat, berada di dalam keadaan senyap dan tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kawasan perpustakaan.

Pinjaman
* Jumlah buku yang boleh dipinjam oleh peserta kursus bergantung kepada tempoh kursus yang dihadiri.
* Peminjam perlu bertanggungjawab dan akan didenda untuk sebarang kerugian atau kerosakan bahan yang telah dipinjam. Peminjam juga perlu membayar ganti rugi mengikut gandaan kos bahan tersebut.
* Peminjam tidak boleh meminjam bahan perpustakaan atas nama pengguna lain.
* Peminjam boleh dikehendaki memulangkan bahan yang dipinjam sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman, jika ada arahan dari pihak perpustakaan.
* Peserta-peserta kursus perlu menyelesaikan semua pinjaman mereka pada setiap akhir kursus yang diikuti. Jika pengguna masih ingin meminjam bahan selepas tamat tempoh kursus, pengguna boleh berbuat demikian melalui Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (Interlibrary Loan Service)

Pembaharuan Tempoh Pinjaman
*Peminjaman boleh dilanjutkan tempoh untuk sekali sahaja dalam sesuatu pinjaman jika tiada tempahan bagi bahan tersebut. Selepas itu, pengguna perlu memulangkan buku tersebut sebelum membuat sebarang pinjaman lain.

Pinjaman Semalaman
*Buku rujukan yang bertanda ‘R’ boleh  dipinjam untuk tempoh semalaman sahaja.
*Peminjaman boleh dilakukan pada hari Isnin – Jumaat pada pukul 4.45 petang dan dipulangkan semula keesokan hari pada pukul 8.30 pagi.

Pinjaman Melampaui Tempoh Pinjaman
*Denda sebanyak RM 0.10 untuk setiap buku dikenakan bagi setiap pinjaman yang melampaui tempoh pinjaman.
*Denda maksimum adalah sebanyak RM10.00.

Pemulangan Buku
*Semua bahan perlu dipulangkan melalui kakitangan perpustakaan. Peminjam tidak boleh meletakkan sendiri bahan yang telah dipinjam terus di rak.
* Buku boleh dipulangkan melalui Book Drop atau melalui Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan. Pengguna bertanggungjawab untuk memulangkan bahan sebelum tamat tempoh pinjaman bagi mengelakkan denda.

*Peminjam perlu membayar dua kali ganda harga sesuatu bahan perpustakaan yang hilang atau rosak.

Koleksi Red Spot (Buku Cadangan Pensyarah)
*Koleksi ini terletak di bahagian belakang Kaunter Perkhidmatan (Aras Satu) dan adalah di bawah jagaan petugas perpustakaan.
*Semua koleksi Red Spot adalah terhad untuk rujukan dalaman dan dibenarkan peminjaman keluar bagi tempoh yang singkat.

Internet
*Penggunaan Internet adalah terhad untuk kakitangan IDFR dan peserta kursus.
*Pengguna boleh mencetak bahan daripada sumber Internet tetapi semua peserta kursus digalakkan untuk mencetak sebarang salinan di Makmal Komputer yang terletak di Blok C, IDFR

Perkhidmatan Fotostat
*Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada kakitangan IDFR. Pengguna lain boleh membuat fotokopi bergantung kepada Polisi Hak Harta Intelek. Perkhidmatan fotokopi adalah berkonsepkan layan diri dan pengguna perlu membeli kad fotokopi prabayar melalui Kaunter Perkhidmatan bagi menggunakan kemudahan ini. Pengguna perlu membayar RM10.00 untuk mendapatkan kad fotokopi prabayar.

Menaip/ Mencetak dan Muat Turun
*Komputer dan pencetak di perpustakaan tidak boleh digunakan bagi tujuan menaip dan mencetak. Peserta kursus boleh menggunakan kemudahan menaip dan mencetak di Makmal Komputer, Blok C, Aras Satu.

Pinjaman Antara Perpustakaan
*Perkhidmatan ini membolehkan perpustakaan meminjam bahan yang dikehendaki oleh pengguna perpustakaan dari perpustakaan lain.
*Pengguna boleh mengakses bahan melalui Katalog Induk Kebangsaan untuk mencari dan mengenalpasti bahan yang terdapat di perpustakaan lain.
*Pinjaman seterusnya akan dikendalikan oleh petugas perpustakaan. Sila berurusan dengan kakitangan di Kaunter Perkhidmatan. *Perpustakaan akan memaklumkan pengguna sekiranya bahan yang dimohon telah diterima atau sebaliknya.

Online Databases & E-Journal
* Library Online Catalogue (http://webopac.kln.gov.my
)

* KLN Digital Documents (http://digitaldoc.kln.gov.my)

* EIU Country Report (ihttps://www.eiu.com)