Saiz Teks A- A A+
Text Color  default green red contrast       rss

header

Sirkulasi

Semua kakitangan IDFR dan peserta kursus adalah tertakluk kepada Polisi Pinjaman untuk meminjam sebarang bahan bacaan di perpustakaan. Pengguna lain boleh meminjam bahan perpustakaan melalui Pinjaman Antara Perpustakaan. Lanjutan tempoh peminjaman bahan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lanjutan tempoh peminjaman.

Pinjaman bagi sumber multimedia boleh didapati di Pusat Multimedia yang terletak di Perpustakaan Aras Bawah. Pusat Multimedia ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di mana pengguna boleh membuat tempahan penggunaan melaui kaunter sirkulasi.

Kakitangan perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan carian dan rujukan asas manakala bagi soalan penyelidikan  akan dirujuk kepada Pustakawan Rujukan.

Proses sirkulasi (peminjaman dan pemulangan) boleh dibuat dengan menggunakan Self-Check Machine - Mesin Layan Diri (RFID) yang terletak di Perpustakaan Aras Bawah dan Aras Satu. Kemudahan ini hanya disediakan untuk pengguna yang mempunyai Kad Pengenalan Malaysia (MyCard)