Saiz Teks A- A A+
Text Color  default green red contrast       rss

header

Pinjaman Antara Perpustakaan

Perpustakaan menyediakan  perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan kepada kakitangan IDFR. Perkhidmatan ini membolehkan perpustakaan meminjam  bahan  bagi pihak  pengguna perpustakaan daripada koleksi perpustakaan lain. Bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan IDFR boleh dipinjam dari perpustakaan lain untuk kegunaan pengguna. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh perpustakaan pembekal.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu bersetuju untuk bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti atau caj akibat daripada kehilangan, kerosakan atau kelewatan pemulangan bahan. Pengguna perlu membuat carian melalui WebOPAC terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohohonan.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Kaunter Sirkulasi di talian 603-21491057 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.