Saiz Teks A- A A+
Text Color  default green red contrast       rss

header

Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan Rujukan
    • Pengguna mempunyai akses percuma terhadap koleksi perpustakaan.

       

  2. Perkhidmatan Peminjaman
    • Semua peserta kursus dan kakitangan IDFR adalah layak untuk membuat sebarang peminjaman bahan bacaan bergantung kepada Polisi Pinjaman Bahan Perpustakaan. Pengguna lain boleh membuat pinjaman bahan melalui Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan.

  3. Akses kepada Pangkalan Data
    • Pangkalan Data Koleksi Buku
      • Online Public Access Catalog (OPAC) membolehkan pengguna membuat carian bahan yang berada di dalam koleksi perpustakaan. Klik Di Sini

    • EIU Country Report: Asia Pacific Region
      • Menyediakan data dan maklumat berkaitan peta, direktori perniagaan, maklumat politik dan pentadbiran, profil ekonomi dan aspek sosial negara Asia Pasifik termasuk ASEAN. Sila berurusan dengan kakitangan perpustakaan di Kaunter Perkhidmatan. Klik Di Sini

  4. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan 
    • Perkhidmatan ini membolehkan perpustakaan membuat pinjaman bahan bagi pihak pengguna dari koleksi perpustakaan luar.

       

  5. Perkhidmatan Fotokopi
    • Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada kakitangan IDFR. Pengguna lain boleh membuat fotokopi bergantung kepada Polisi Hak Harta Intelek. Perkhidmatan fotokopi adalah berkonsepkan layan diri dan pengguna perlu membeli kad fotokopi prabayar melalui Kaunter Perkhidmatan bagi menggunakan kemudahan ini. Pengguna perlu membayar RM10.00 untuk mendapatkan kad fotokopi prabayar.
  6. Waktu Operasi
    • Isnin - Jumaat, 7.30 pagi - 5.00 petang, kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.