Rak Terbuka
Koleksi rak terbuka merupakan koleksi yang boleh dipinjam oleh pengguna bergantung kepada kategori pengguna. Koleksi ini terdiri daripada buku yang merangkumi kurikulum IDFR amnya yang boleh diperolehi di Aras 1.
Rujukan
Koleksi rujukan terletak di Aras 1. Ianya meliputi koleksi seperti kamus, ensiklopedia, laporan tahunan, direktori dan buku panduan. Koleksi ini tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan. Koleksi rujukan diklasifikasi oleh huruf 'R' pada label buku.
Artikel Suratkhabar
Perpustakaan IDFR melanggan 7 tajuk akhbar tempatan dan 1 tajuk akhbar luar negara. Koleksi suratkhabar boleh didapati di Aras 1. Keratan akhbar berkaitan IDFR dan Kementerian Luar Negeri boleh diakses melalui submenu E-Sumber -> Keratan Akhbar IDFR
Koleksi Khas
Koleksi Khas terdiri koleksi terbitan IDFR yang terletak di Aras 1.
Koleksi Tesis
Koleksi Tesis merangkumi tesis daripada pelajar program Master Sains Sosial dan Pengajian Strategik. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja. Sila Klik
Koleksi Terhad (Red Spot)
Koleksi Red Spot adalah koleksi terhad yang boleh dipinjam dalam tempoh 2 jam dan untuk rujukan dalaman sahaja. Koleksi ini juga boleh dipinjam semalaman selepas pukul 4.30 petang dan mesti dipulangkan pada pukul 10.00 pagi pada keesokan hari. Red Spot dilabelkan sebagai red spot pada label tulang buku dan boleh didapati di Aras Bawah dan Aras 1 perpustakaan.
Koleksi Bersiri
Koleksi bersiri merujuk kepada penerbitan bersiri yang dibeli dan dilanggan oleh Perpustakaan IDFR. Koleksi ini terdiri daripada jurnal, majalah tempatan, buletin dan 'newsletter'. Koleksi ini terdapat di Aras Bawah dan Aras 1 perpustakaan.
Koleksi Multimedia
Koleksi ini terletak di Aras Bawah dan menyediakan akses bahan audiovisual. Ianya terdiri koleksi CD, DVD, kaset dan buku yang beserta bahan audiovisual.
Koleksi Bahasa
Koleksi Bahasa merujuk kepada koleksi English dan bahasa asing seperti Spanish dan French. Koleksi ini terletak di Aras Bawah perpustakaan.
Bacaan Ringan
Bacaan ringan meliputi bacaan ringan jenis fiksyen, hobi dan minat. Koleksi ini boleh diperolehi di Aras Bawah perpustakaan.
Koleksi Kedutaan
Dari tahun 2009, Perpustakaan IDFR telah menerima beberapa bahan bacaan sumbangan Kedutaan Malaysia di luar negara. Koleksi ini boleh dipinjam dan ianya terletak di Aras Bawah Perpustakaan.